Wednesday, April 28, 2010

Siapakah Diriku???

Entah apa yang hendak ana catat pada ruangan ini. Sejak dua menjak ini minda dan jiwa menjadi tidak keruan. Ada sahaja badai yang melanda. Menjadi pemimpin bukanlah senang, dan sememangnya sudah ana ketahui sedari mula. Teringat akan kata-kata cinta hati ana, katanya:

Jika ingin jadi pemimpin,
bersedialah untuk kecewa dan mengecewakan,
bersedialah untuk sedih dan menyedihkan,
bersedialah untuk sakit dan menyakitkan.

Kata-kata ini membuatkan ana sedar bahawa jalan-jalan perjuangan bukanlah semudah yang terbayang pada mimpi. Namun, saat-saat badai datang berlabuh pada pantai jiwa yang rapuh, datanglah dia; teman yang senantiasa membuatkan daku kuat, dan bertambah kuat. Katanya:

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,
yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan hatimu sakit,
yang membuatkan keinginan mu terhalang.
Pasti akan damailah hatimu.

Kerana,

Masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia,
Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu,
retaknya hati mu.

Tapi,

mungkin itulah yang Dia mahukan,
kerana Dia tahu,
hati sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan,
mudah untuk diikat dan,
akrab denganNya.


Berdasarkan semangat itu, ana bertatih semula untuk belajar berlari. Kata ustaz, hidup ini bukan senang, namun kepahitan hanyalah berada di atas langit. Ana teruskan perjalanan saban hari. Kian hari berlalu, kian perlahan kayuhan ini ana tatihkan. Kemudian, sahabat ana seakan mengerti jiwa yang kian hancur dimamah kekecewaan. Kata sahabat:

Hari-hari sepanjang kehidupan,
tidak selamanya diiringi episod suka dan ketawa,
kerana syurga terlau mahal untuk orang yang hidup sambil lewa di dunia ini,
apatah lagi yang mencintai dunia.

Syurga itu hadiah buat mereka yang bersusah payah menunaikan amanah,
walaupun sukar dan perit perjuangan tetap perlu diteruskan,
biar rebah tersungkur,
biar luka berdarah,
kita harus teruskan juga,
kerana itu adalah tanggungjawab kita sebagai khalifah,
teruskan perjuangan!!!

Semoga Allag kurniakanmu kecekalan dan keikhlasan dalam menjalankan amanah ini,
Insya Allah.

Rupanya berundur dari berjuang lebih perit daripada bertahan.

Seperti yang ku alamai.
terasa kekosongan yang mendalam dalam hati meskipun terlalu lapang dalam fikiran.


Terima kasih mata hatiku kerana sentiasa bersama dalam perjuangan ini. Terima kasih kerana memahami kesibukanku, dan terima kasih untuk nasihat-nasihat yang menjadi penawar buat hati yang luka.

Tuesday, April 20, 2010

Akukah Pejuang Yang Emosi???


Ya Allah,
perjuangan ini perit,
seperit sebuah cerita yang tidak terungkap.

Ya Allah,
perjuangan ini bukan senang,
membuatkan mataku sentiasa bergenang.

Ya Allah,
dugaan semalam membuatkan daku sedar seribu keinsafan
rupanya berundur lebih perit daripada bertahan,
melihat lebih sakit daripada berjuang.
Sakitnya seribu tulang yang menggegari belulang.

Di antara sebuah mehnah yang 'teramanah'
pada pundak yang tidak meminta
sebentuk jiwa rasanya ingin terbang jauh
melewati mimpi dan angan
meneroka daerah ketenangan yang bukan jauh
namun dekat pada mahligai doa
yang halkumku tidak bisa mengukur jaraknya.

Sebuah kisah yang terlakar pada impian
kini hampir punah pada hampaian pantai kebobrokan
momok-momok peras dan ugutan
bukanlah nada kelemahan yang berbisa pada sendi
namun racun yang hampir memakan hati.

Ya Allah,
padaMu ku mohon kekuatan dan sabar
menempuh jalan yang jauh dari senang
rupanya mimpi semalam indah
namun hari ini adalah perjuangan.

Ya Allah,
daku ini hamba yang merancang
setiap geri memohon Dikau timbangkan
baik buruk akan Dikaulah yang lebih mengerti
kerana hamba insan sahaya yang dina.

Ya Allah,
bantulah hambaMu
bantulah hambaMu
bantulah hambaMu

Thursday, April 15, 2010

Senyumlah Sikit!!!!


Hidup ini penuh dengan tekanan, tapi senyumlah sikit. Sikit jer. Jangan banyak-banyak nanti orang kata macam kerang busuk. Senyum sikit, tarik nafas, dan ucap Alhamdulillah. Hmm... leganya. kerja banyak nak disiapkan, tapi hati rasa tenang. SENYUM... SENYUM... AICH COMELNYA!!!

Sunday, April 11, 2010

Senyumlah Sikit!!!!


Senyum itu indah.
Senyum membuatkan penerimanya kaya tanpa menjadikan pemberinya miskin.
Hadirnya sepantas kilat, namun kesannya kekal sepanjang zaman.
Senyum tidaklah mahal sehinggakan tidak termampu oleh si miskin, dan tidaklah terlalu murah sehingga tidak dipandang oleh si kaya.

Tuesday, April 6, 2010

Untuk Disiplin Ilmu

Assalamualaikum.

Hari ini baru Baha sedar bahawa ana seorang yang suka bertanya kepada teman-teman yang membuat perbentangan. Baru juga Baha tahu bahawa mereka ralat dengan soalan-soalan dan juga situasi seperti ini. Baha minta maaf, Baha tak tahu selama ini.

Namun, demi sesungguhnya bukan Baha ada niat lain selain untuk mencari rampaian ilmu. Baha inginkan ilmu, dan terkadang ada sesuatu yang kurang jelas dan mencurigakan. Untuk itu, Baha bangkit bertanya dan mengemukakan pendapat. Jujurnya, memang ada soalan yang agak mencabar dan memerlukan pemikiran yang cekap, namun kerana cabaran itulah membuatkan Baha bertanya; kerana Baha tidak tahu.

Perbentangan bukan sahaja sekadar membaca 'slideshow', namun segala intipati dan huraiannya harus jelas. Kepentingan CASPER akan terhakis sekiranya kita tidak menguasai ilmu yang ingin kita sampaikan. Memang benar kata teman Baha: "kita belajar banyak-banyak pun, keluar jadi cikgu jugak!". Ya, memang betul, namun penekanan yang Baha beri bukanlah pada kerjaya, namun pada disiplin ilmu. Memiliki ilmu memastikan keperbezaan kita dengan insan yang mencari ilmu. Orang yang memiliki disiplin ilmu dan beramal dengannya merupakan insan yang terbaik dan akan menjadi pendidik yang terbaik. Insya Allah.

Baha secara terbuka ingin meminta maaf kepada teman-teman sekiranya ada soalan Baha mengguriskan perasaan teman-teman. Mungkin dalam keghairahan mencari ilmu, kita lupa untuk menjaga perasaan. Sungguhpun begitu, Baha berharap agar kita lebih bersedia dan matang dalam membuat perbentangan, jangan sekadar membaca, namun selitkanlah dengan penerangan. Baha ni orangnya kurang pandai, dan bukan semua ilmu mampu untuk Baha selidiki, untuk itu, kepada teman-temanlah Baha berharap segala penerangan dan input.

Maafkanlah kekhilafan Baha. Semoga kita semua dirahmati oleh Allah subnahuataala, dan semoga ilmu yang kita miliki merupakan ilmu-ilmu yang diredhaiNya. Insya Allah.

Assalamualaikum


Blog Stats

SEKAYU

SEKAYU