Tuesday, February 23, 2010

Warkah Buat Pemimpin 2

Firman Allah subhanahuataala:

“Dan di antara orang-orang yang Kami yang telah Kami ciptakan ada umat yang memberi petunjuk dengan (dasar) kebenaran, dan dengan itu (pula) mereka berlaku adil”
Surah al-A’raf: 181

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman dengan Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.”
Surah as-Saff: 10 – 11

“Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil, dan al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung.”
Surah at-Taubah: 111

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetapkanlah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung.”
Surah Ali Imran: 200

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”
Surah as-Saff: 4

Ayuhai teman dan saudaraku. Kini Islam menangis. Air matanya sungguhpun tidak kelihatan, namun kesejukan dan basahnya sungguh meresap bagi mukmin yang sejati. Kejadian yang menimpa, serta fitnah yang datang membelenggu membuatkan agama suci ini mulai tercemar. Hadirnya virus-virus kecil mencacatkan keseluruhan sistem Islam. Sungguh menyedihkan. Lukanya hati hanya Allah yang dapat mengetahui dan memahami sebagaimana sifatNya yang Maha Mengetahu lagi Maha Memahami.

Sahabatku. Sungguh kecintaan hati merupakan suatu medium penghubung antara kita. Namun, jalan perjuangan dan jihad yang sejati merupakan penguat bagi ikatan persaudaraan yang batin ini. Kita mungkin berbeza zahirnya, namun pada batin yang tidak terlihat oleh mata kita masih lagi sama. Makhluk Allah yang terikat dengan janji dan keinginan untuk menghambakan diri kepadaNya. Jadilah pejuang agama Allah kerana tiadalah lainnya akan ciptaan kita akan muka bumi ini melainkan untuk beribadah, menyembah Allah yang Maha Agung.

Sahabat dan saudaraku. Kita semua muslim. Kita semua mengakui akan kewujudan kuasa pencipta; Allah dengan hati mahupun lidah. Namun, dalam tingkah laku, jarang sekali antara muslim berbuat sebagai mana mukmin dan juga mukminat. Amalan-amalan Islam yang diakui lidah dan hati, jarang sekali diamalkan melalui anggota yang nyata dan pastinya merupakan suatu pinjaman yang bakal dituntut oleh pemiliknya.

Saat hidup di dunia ini. Gunakanlah hayat dengan sebaik mungkin. Jadilah pejuang agama Allah. Sapulah air mata Islam yang kini semakin lebat tangisannya. Jangan biarkan kesedihan ini terus berlalu sedangkan kita masih gagah untuk bersuka dan bergembira. Ingatlah, di saat ketawa membasahi suara dan melalui halkum, Islam semakin digilis dengan undang-undang manusia seperti nasionalisme, demokrasi kufur, komunisme, dan semacam yang lain. Apakah undang-undang ini mampu mengepalai dunia sedangkan dunia ini milik Allah.

Sahabat-sahabatku.

KITA ADALAH TENTERA ALLAH!

TENTERA ALLAH!

TENTERA ALLAH!

Sekian, wassalam.

(Zahafiz Omar bin Talib)

No comments:

Blog Stats

SEKAYU

SEKAYU