There was an error in this gadget

Sunday, February 26, 2012

Friday, February 10, 2012

Monday, February 6, 2012

Sunday, February 5, 2012

Saturday, February 4, 2012

Lantaklah Kau Bunga Sombong!!!


Tuhan,

Aku ini dibuang dari cengkaman mawar

Tergugur dari dahan

Jatuh terburai atas daratan


Tuhan,

Aku kini sedar

Aku bukan kelopak bunga

Aku sekadar lebah bertenggek

Sedangkan bunga terlalu cantik


Tapi,

Bunga ego

Bunga tak sedar

Bunga akan layu tanpa lebah

Gugur dari dahan

Tidak akan mungkin tumbuh lagi


Aku ini terbuang

Pada bunga itu

Aku sumpah tidak akan hinggap lagi

Biar apa terjadi.

Salam Maulidur Rasul.. Rindu sangat pada Baginda

Pesanan Buat Wanita


Tuesday, January 31, 2012

MENANGISLAH MATAKU...
MENANGISLAH UNTUK TUHANMU...

Monday, January 30, 2012

Sang Saka Kuning


Sang Saka Kuning

Inilah sehelai bendera kuning

Yang terkulai dalam ribaan sang tua

Dengan sekuntum bunga yang layu

Sang tua menyengka mata

Mutiaranya bergentayangan pada kelopak

Inilah sehelai bendera kuning

Terpikul pada bahu sang pemuda

Dengan gagah melangkah

Tiba-tiba diserbu segenap penjuru

Lari bukan bererti kalah

Namun bijak melangkah

Suatu hari

Pada jalan yang sama

Yang kita lalui semalam

Perubahan akan berlaku di sana

Dalam perarakan yang dirahmati Tuhan

Menyatukan jiwa segenap bangsa

Dalam satu nafas untuk keadilan

Hembusannya akan menggegarkan

Kepimpinan penipuan

Lalu runtuhlah segala tiang kebobrokan

Rebah berguling bapa korupsi

Tergolek pada tangga tangga keadilan

Pada Sang Saka Kuning

Terkibar harapan sang bijaksana

Menuntut runtuhnya sebuah kebinasaan

Yang terlindung di balik sutera

Yang dipintal sejuta kudrat penipuan

Runtuh binasalah

Kebinasaan!

Sang Saka Kuning

Ini kibaran pertama

Mengakhiri segala penipuan

Ayuhai dunia!

Ayuhai mata yang buta!

Saksikan kami sang pemuda

Memuncratkan darahnya di tengah kota

Untuk Allah

Untuk keadilan

Megahlah Sang Saka Kuning

Berkibarlah

Megahlah!!!

Nukilan:

MANUHAS

Saturday, January 28, 2012

(Mulakan seperti doa biasa) Auzubillahhiminasyssyatonirrajim…..

(Ismul A’zam) Wailahukum……….. wahuwal ‘aliyyul azim / lahaulawalaquwwata……… azim / (puji Allah dengan zat dan sifat-sifatNya yang Agung)

Tasbih (Subhanakallahuwabihamdihi………………… wamidadakalimatihi.)

(Selawat kepada Nabi Muhammad) Sebaik-baik selawat merupakan selawat selepas syahadah semasa tahiyyat sehinggalah tamat tahiyyat akhir.

(Doa kepada ibu bapa) Robbighfirli………………. Soghiro

Ya Allah pemilik jasad dan rohku,

Ampunkanlah dosa daku, dosa kedua ibu bapa daku, dosa kaum kerabat daku, dosa sahabat-sahabat daku, dan dosa para muslimin muslimat, samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah Ya Aziz Ya Jabbar Ya Zaljalaliwalikram

Panjangkanlah umurku dalam keberkatan, lapangkanlah rezekiku seluas-luasnya, kurniakan daku isteri-isteri yang cantik penyejuk mata solehah penyejuk jiwa, jadikan anak-anak untukku adalah anak-anak yang taat padaMu, RasulMu, agamaMu, dan juga taat kepada daku.

Ya Allah yang daku di dalam kekuasaanMu,

Kurniakan daku petunjuk hidayah, mencintai agamaMu tanpa berbelah bagi. Jagailah kedua orang tuaku sebagaimana mereka menatang daku sewaktu daku kecil, kurniakan mereka hidayah dan taat setia kepadaMu. Kepada sahabat-sahabat daku, jadikanlah mereka sahabat sejati yang taat, setia, dan berkasih sayangnya daku dengan mereka adalah kerana kemurniaan cintaMu Ya Allah Ya Rahim.

Ya Allah,

Jangan biarkan daku bertatih dalam perjalanan menuju agamaMu. Andai kata daku jatuh, jangan biarkan daku tersungkur. Kurniakanlah seseorang yang mampu mengangkat daku kembali ke jalanmu Ya Allah. Jadikan daku teman yang mampu menemani daku dalam mencapai cintaMu Ya Allah

(Doa supaya tidak dijadikan sia-sia) Robbana makholaktahazabatila subhanafakina azabannar.

(Doa kurniakan keluarga yang soleh) Robbana hablana min azwajina……………… lilmuttqina i mama

(Doa selamat dari neraka) Robbana atina fiddunia hasanah wafilakhirotihasanah wakina azabannar 3x

Istajib doa ana Ya Allah 3x

Solallahualaihiwasallam walhamdulillahirobbil alamin.

Amin, Ya Robbal Alamin


suatu hari, dua tahun yang lepas.. seorang sahabat yang aku amat sayangi, meminta kepadaku secebis doa yang mudah untuk dirinya hafal, dan lafazkan.. dan inilah doa yang aku berikan kepadanya.. kelmarin, semalam, hari ini, dan esok, aku sentiasa merinduinya.. rindu yang teramat dalam..

Sunday, January 22, 2012

Hakikat Cinta

Hatiku

Dalam keriangan bumi suci

Aku sunyi mengenangmu

Apa khabar dirimu

Dalam hayat Tanah Melayu

Tempat berpencak Hang Tuah

Mempertahan cinta dan rindu

Buat Gusti Puteri yang berdiam diri


Muslimin

Angin Kota Mekah jauh berdesir

Sehingga bertamu sampai kepadaku

Dalam meninjau kermizi senja

Dan merandai pepohon rendang

Cerita ingatan itu menyengka hijabku

Lalu berdendang pada telingaku


Muslimah

Maafkan daku untuk sebuah rindu

Kerana hinggap pada bahu sucimu

Namun

Aku juga insan

Terpikat pada hikayat cinta

Bumi Anbia

Yang indah tanpa dusta

Bahagia dan membahagiakan


Muslimin

Sujudlah pada Tuhan

Sedang dirimu terlalu dekat dengan rumahNya

Jangan sarat dadamu dengan rindu

Kerana rindu itu memakan hati

Sabarlah

Bahawasanya aku juga menyembah

Tuhan yang dikau sembah


Muslimah

Hatimu terlalu mulia

Aku yang berteleku dalam rumah Tuhan terkesima

Betapa kuat angin Tanah Melayu

Merentasi Sahara, dan Laut Merah

Menggoncangkan iman muda

Astgahfirullah hal adzim

Astgahfirullah hal adzim

Astgahfirullah hal adzim


Muslimin

Percayalah pada Allah

cintaNya lebih cinta

jika benar wujud cinta antara insan

maka ketahuilah ia hanyalah titisan cinta Tuhan

dalam lautan RahimNya

La tahzan ya akhi

Innallah ha ma’assoobiriin


Muslimah

Betapa bertuah aku

Menjumpai permata dalam kaca


Muslimin

Ini pesan hatiku pada jiwamu

Pesan untuk kudrat cinta yang menggelupur

Pada hatimu

Ketahuilah cinta itu suci

Cinta bukan untuk dipertontonkan

Namun

Untuk dirasai

Umpama mawar yang terselindung

Sungguhpun kelopaknya tersembunyi

Harumnya tetap mewangikan taman

Janganlah memanjakan cinta

Kerana cinta itu sifatnya perjuangan

Bukan kemenangan


Muslimah

Ini pesan jiwaku

Buat hati, dan keanggunanmu

Jagailah maruahmu sekuatnya

Titiplah iman dalam perbuatanmu

Sesungguhnya

Wanita yang bermartabat tinggi

Martabat itulah yang menghalangnya membuat kerosakan

Baik pada diri mahupun cintanya

Jangan termakan pujuk rayu

Kerana pujukan itu tidak lebih

Melainkan umpama buah kepayang

Dipandang cantik

Ditelan mabuk


Cintaku

Sabarlah menanti

Jangan kerana setitis cinta dusta

Lautan cinta Allah dikau tinggalkan

Beranilah menghadapi dugaan

Ingat

Jangan manjakan cinta

Kerana cinta itu

Perjuangan

Bukan

Kemenangan

Melainkan

Cinta Tuhan

Yang Abadi Berkekalan


Puisi ini telah dideklamasikan sempena Malam Kebudayaan Islam Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail. Puisi ini merupakan puisi yang dibuat khusus untuk dideklamasikan secara duet. Menariknya, turut juga dinukilkan dengan mengikut rentak pemuzik handalan dunia iaitu Yiruma...

Happy Holiday!! Happy Chinese New Year.. Year of Dragon



Happy holiday guys.. Cuti seminggu ni, rugi kalau tak gunakan dengan sepenuhnya untuk bersama keluarga. Kalau tak cuti, jarang ada kesempatan untuk bersama, dan bermesra dengan keluarga. My destination for this holiday??? PANTAI CAHAYA BULAN, KELANTAN DARUL NAIM.. COME AND JOIN US.. DINNER AT FOOD VILLAGE, PCB.. niceeeeee.. huhu

Saturday, January 21, 2012

Kembali Semula

Terlalu lama aku mendiamkan diri. Laman muka blog kesunyian tanpa idea-idea baharu untuk dipaparkan. Kesibukan menguruskan jawatan yang diamanahkan, serta kesuntukan masa untuk lama memerhati papan kekunci komputer, menyebabkan blog ini kesunyian. Kisah panjang yang telah bergantung, sering menjadi pertanyaan mengenai pengakhirannya.

Mungkin, jika ada yang setia membaca, tertanya-tanya ke mana aku pergi sekian lama. Jujurnya, aku masih ada, dan menuntut tidak berubah tempat. Namun, aku diberi peluang untuk menggalas beban sebagai Yang Dipertua JPP@MPM di tempat aku menuntut ilmu. Jawatan yang dibebankan ini, menuntut pengorbanan yang tidak pernah aku sangkakan, apatah lagi aku mimpikan sebelum ini. Walaupun payah, aku jalankan juga segala amanah sedaya yang termampu. Bersama-sama jentera yang dipilih, dapatlah aku mengharunginya dengan sebaik yang aku mampu.

Insya Allah, jika ada kelapangan, blog ini akan kembali berjalan, bertatih dalam jutaan blog lain yang hebat-hebat belaka. Tidak aku tuntut pembaca yang banyak, namun cukuplah ia sebagai jalan untuk aku melagukan hikayat hati pada muka citra cinta penulisan. Kadang-kadang, inilah jalan aku melepaskan hembusan kepenatan. Melepaskan kelelahan hidup yang banyak mengajar erti kedewasaan, dan erti ikatan persahabatan…

Selamat Membaca semua…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Terlalu lama aku mendiamkan diri. Laman muka blog kesunyian tanpa idea-idea baharu untuk dipaparkan. Kesibukan menguruskan jawatan yang diamanahkan, serta kesuntukan masa untuk lama memerhati papan kekunci komputer, menyebabkan blog ini kesunyian. Kisah panjang yang telah bergantung, sering menjadi pertanyaan mengenai pengakhirannya.

Mungkin, jika ada yang setia membaca, tertanya-tanya ke mana aku pergi sekian lama. Jujurnya, aku masih ada, dan menuntut tidak berubah tempat. Namun, aku diberi peluang untuk menggalas beban sebagai Yang Dipertua JPP@MPM di tempat aku menuntut ilmu. Jawatan yang dibebankan ini, menuntut pengorbanan yang tidak pernah aku sangkakan, apatah lagi aku mimpikan sebelum ini. Walaupun payah, aku jalankan juga segala amanah sedaya yang termampu. Bersama-sama jentera yang dipilih, dapatlah aku mengharunginya dengan sebaik yang aku mampu.

Insya Allah, jika ada kelapangan, blog ini akan kembali berjalan, bertatih dalam jutaan blog lain yang hebat-hebat belaka. Tidak aku tuntut pembaca yang banyak, namun cukuplah ia sebagai jalan untuk aku melagukan hikayat hati pada muka citra cinta penulisan. Kadang-kadang, inilah jalan aku melepaskan hembusan kepenatan. Melepaskan kelelahan hidup yang banyak mengajar erti kedewasaan, dan erti ikatan persahabatan…

Selamat Membaca semua…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Blog Stats

SEKAYU

SEKAYU