Tuesday, April 6, 2010

Untuk Disiplin Ilmu

Assalamualaikum.

Hari ini baru Baha sedar bahawa ana seorang yang suka bertanya kepada teman-teman yang membuat perbentangan. Baru juga Baha tahu bahawa mereka ralat dengan soalan-soalan dan juga situasi seperti ini. Baha minta maaf, Baha tak tahu selama ini.

Namun, demi sesungguhnya bukan Baha ada niat lain selain untuk mencari rampaian ilmu. Baha inginkan ilmu, dan terkadang ada sesuatu yang kurang jelas dan mencurigakan. Untuk itu, Baha bangkit bertanya dan mengemukakan pendapat. Jujurnya, memang ada soalan yang agak mencabar dan memerlukan pemikiran yang cekap, namun kerana cabaran itulah membuatkan Baha bertanya; kerana Baha tidak tahu.

Perbentangan bukan sahaja sekadar membaca 'slideshow', namun segala intipati dan huraiannya harus jelas. Kepentingan CASPER akan terhakis sekiranya kita tidak menguasai ilmu yang ingin kita sampaikan. Memang benar kata teman Baha: "kita belajar banyak-banyak pun, keluar jadi cikgu jugak!". Ya, memang betul, namun penekanan yang Baha beri bukanlah pada kerjaya, namun pada disiplin ilmu. Memiliki ilmu memastikan keperbezaan kita dengan insan yang mencari ilmu. Orang yang memiliki disiplin ilmu dan beramal dengannya merupakan insan yang terbaik dan akan menjadi pendidik yang terbaik. Insya Allah.

Baha secara terbuka ingin meminta maaf kepada teman-teman sekiranya ada soalan Baha mengguriskan perasaan teman-teman. Mungkin dalam keghairahan mencari ilmu, kita lupa untuk menjaga perasaan. Sungguhpun begitu, Baha berharap agar kita lebih bersedia dan matang dalam membuat perbentangan, jangan sekadar membaca, namun selitkanlah dengan penerangan. Baha ni orangnya kurang pandai, dan bukan semua ilmu mampu untuk Baha selidiki, untuk itu, kepada teman-temanlah Baha berharap segala penerangan dan input.

Maafkanlah kekhilafan Baha. Semoga kita semua dirahmati oleh Allah subnahuataala, dan semoga ilmu yang kita miliki merupakan ilmu-ilmu yang diredhaiNya. Insya Allah.

Assalamualaikum


No comments:

Blog Stats

SEKAYU

SEKAYU