Saturday, July 17, 2010

Miss You Mama


Baru sahaja daku usai menelefon Mama. Suaranya perlahan, mungkin keletihan menjalani urusan pejabat yang memang memenatkan. Jawatannya sebagai majikan menuntut Mama untuk berkorban dan mengubah gaya hidup. Jikalau dahulunya, banyak sekali masa yang Mama peruntukkan untuk keluarga, namun kini, masa yang ada hanya cukup-cukup sekadar melepaskan rindu. Terkadang, berkali-kali daku cuba menghubungi Mama, namun telefon hanya berdering tidak berjawab. Rupanya Mama tengah mesyuarat, menyelesaikan mahupun membina gagasan baru bagi melahirkan warga yang berkualiti pada masa hadapan.

Rindunya kat Mama. Dah sebulan tak jumpa Mama semenjak memulakan semester baru. Hanya suara sejuk Mama yang membasahkan dahaga jiwa rinduku. Pada Mama daku sampaikan khabar mengenai kerja dan tugasanku. Nampaknya Mama kecewa sebab anak yang nakal ni tak dapat pulang. Maafkan Abe Mama. Abe nak sangat balik, tapi jadual padat sangat. Mama faham, tapi pada hujung lafaznya Mama minta daku jaga kesihatan. Daku rajutkan syukur yang tidak berbelah bagi kepada Allah kerana kurniakan daku seorang insan yang amat memahami.

Ya Allah... Sebaknya dadaku. Rindunya mata ini untuk melihat Mama, senyum dan gelak ketawanya. Masakannya. Ya Allah, bukalah jalan untuk daku pulang seketika, ingin daku lempiaskan rindu yang berterabur dalam jiwa.

Mama, Abe loves you so much. I miss you more than you ever know. Hope you still in pink health and Allah's bless. I always pray for you my dearest Mama.

LOVE YOU; MAMA












No comments:

Blog Stats

SEKAYU

SEKAYU