There was an error in this gadget

Saturday, January 21, 2012

Kembali Semula

Terlalu lama aku mendiamkan diri. Laman muka blog kesunyian tanpa idea-idea baharu untuk dipaparkan. Kesibukan menguruskan jawatan yang diamanahkan, serta kesuntukan masa untuk lama memerhati papan kekunci komputer, menyebabkan blog ini kesunyian. Kisah panjang yang telah bergantung, sering menjadi pertanyaan mengenai pengakhirannya.

Mungkin, jika ada yang setia membaca, tertanya-tanya ke mana aku pergi sekian lama. Jujurnya, aku masih ada, dan menuntut tidak berubah tempat. Namun, aku diberi peluang untuk menggalas beban sebagai Yang Dipertua JPP@MPM di tempat aku menuntut ilmu. Jawatan yang dibebankan ini, menuntut pengorbanan yang tidak pernah aku sangkakan, apatah lagi aku mimpikan sebelum ini. Walaupun payah, aku jalankan juga segala amanah sedaya yang termampu. Bersama-sama jentera yang dipilih, dapatlah aku mengharunginya dengan sebaik yang aku mampu.

Insya Allah, jika ada kelapangan, blog ini akan kembali berjalan, bertatih dalam jutaan blog lain yang hebat-hebat belaka. Tidak aku tuntut pembaca yang banyak, namun cukuplah ia sebagai jalan untuk aku melagukan hikayat hati pada muka citra cinta penulisan. Kadang-kadang, inilah jalan aku melepaskan hembusan kepenatan. Melepaskan kelelahan hidup yang banyak mengajar erti kedewasaan, dan erti ikatan persahabatan…

Selamat Membaca semua…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

No comments:

Blog Stats

SEKAYU

SEKAYU