
Ini blog untuk semua. Ada pedoman ambillah jadikan bekal perjalanan. Ada yang khilaf jadikanlah sempadan
Monday, November 16, 2009
Permaisuri Jagalah Daulatmu

Saturday, November 14, 2009
Puisi Untuk Mata Hatiku

Ma,
tabahnya engkau melalui liku-liku ini,
tabahnya engkau meredahi gelora ini,
tabahnya engkau meredah ranjau duri ini
tabahnya engkau merenangi lautan duka ini,
walau kekadang kau tersadung dalam tangisan.
Ma,
tabahnya bukan seketika,
tabahnya bukan hangat yang sementara,
tabahnya bukan setanding fikiran,
tabahnya bukan sekadar mimpi,
tabahnya kekal dan setia,
walau kekadang digugat rasa
Ma,
tabahnya tidak akan kuyup dalam kebasahan,
tabahnya tidak akan kering dalam ketandusan,
tabahnya tidak akan hanyut dalam arus gelombang
tabahnya tidak akan tumbang dalam ribut dan taufan
kerana,
tabahnya berkudrat iman yang utuh,
tabahnya bertunjang sabar yang benar,
tabahnya berakarkan takwa kepadaNya.
Tuhan,
rahmatilah Ma,
kerana dugaanMu diterimanya redha,
kerana dugaanMu diterimanya dengan pasrah,
kerana dugaanMu diterimanya dengan zuhud,
kerana dugaanMu diterimanya dengan sabar.
Tuhan,
ampuni dosa Ma,
kerana dia amat berjasa kepada kami,
kerana dia amat setia dengan kami,
kerana dia amat memahami kami,
kerana dia amat menyayangi kami,
kerana dia amat menghargai kami,
kerana dia amat menyanjungi diriMU.
Puisi ini didedikasikan untuk Ma yang amat yang amat daku cintai dan kasihi. Pada Allah daku rafakkan rimbunan doa keampunan dan rahmat. Hanya untuk Ma
Thursday, November 12, 2009
Perhiasan Terindah Untuk Duniaku

Masih tak habis-habis perangai sekolah rendah biarpun sudah berjanggut. Kadang-kadang memang melucukan namun mual pun ada juga.
Inilah yang a
ku hadapi saban hari. Karenah kawan-kawan yang mewarnai kanvas hidupku yang masih kekurangan. Soal jodoh menjodohkan, gosip menggosip bagaikan resam di alam belajar. Namun, terkadang aku sedar ia hanya gurauan, dan terkadang aku bimbang ia membawa kesan kepada aku mahupun insan lain yang terlibat. Hahaha
Kawan-kawan
Dunia merupakan hiasan, dan sebaik-baik hiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. Inilah merupakan kata-kata Nabi Muhammad (pbuh).
Analogi daripada kefahaman saya mengenai hadis di atas ialah wanita merupakan pelengkap kepada kepada kediaman lelaki di dunia mahupun akhirat yang mana Allah kurniakan bidadari di
Perhiasan dan
kehendak dalam memilihnya merupakan suatu kondisi jiwa yang tidak mampu dibuat oleh orang lain samada kawan-kawan, sahabat, teman, bahkan ibu bapa sendiri. Sememangnya ramai yang mengatakan bahawa pilihan ibu bapa merupakan pilihan yang terbaik, memang tidak saya sangkal. Namun, adakah perhiasan pilihan ibu bapa walaupun harganya jutaan ringgit menepati konsep kediaman kita, atau lebih tepat menepati kehendak jiwa kita.
Sesiapa pun mampu memberi, menghadiahi kita dengan bermacam perhiasan untuk menambah rias kediaman kita. Namun, seindah-indah hiasan, dan tentunya yang paling membawa makna adalah hiasan yang kita pilih, beli, dan jagainya sendiri. Dan, semestinya akan meluap rasa sayang akan perhiasan tersebut jika perhiasan tersebut hanya satu di dunia ini dan hanya dimiliki oleh kita. Ramai orang melihatnya, namun hanya anda seorang yang memiliki dan menyentuhnya sepenuh belaian. Tentunya kegembiraan yang tidak terucap dengan kata-kata.
Saya sering dit
unjuk rakan-rakan dengan perhiasan-perhiasan yang sungguh indah, cukup memikat hati. Namun, sehingga kini belum juga berjumpa dengan perhiasan yang memikat hati, dan mampu membuatkan hati membujuk rindu untuk memilikinya. Mungkin saya cerewet; kata kawan-kawan. Namun, saya bukan begitu. Cuma saya belum yakin adakah perhiasan yang saya lihat sebelum ini mampu menepati konsep kediaman yang saya miliki. Mereka mungkin indah, cantik, mahal, tulen, namun, apakah jiwa perhiasan itu mampu memasuki jiwa kediaman saya dan bersatu di dalamnya sebagai sebuah rasa yang mendamaikan jiwa.
Namun, saya juga menyimpan bimbang. Suatu hari nanti saya mungkin menemui perhiasan indah yang saya idamkan. Apakah mungkin pada ketika itu mampu saya jagainya dengan sepenuh jagaan dan perlindungan. Dan, dalam keindahan yang d
imiliki, adakah ia sebenarnya sudah pernah dimiliki sepenuhnya oleh insan-insan lain? Kebimbangan sebegini membuatkan saya buntu dalam pencarian. Hasilnya, biarlah saya mencari perhiasan abadi iaitu cinta Allah terlebih dahulu. Kerana cinta Allah hanya dimiliki oleh insan yang mencari cintaNya dan Dia tidak pernah akan khianat akan kesetiaan seorang kekasih. Apapun, perjalanan akan menjadi lebih indah andai ada yang sudi menemani perjalanan tersebut agar tidaklah saya jatuh tanpa ada pendokongnya. Sesungguhnya Allah mengerti akan niat hati saya.
So kawan-kawan. Jangan gosip-gosip lagi.

Perhiasan untuk kediaman saya hanya saya yang tahu untuk memilihnya kerana hanya saya yang tahu konsep kediaman hati saya. Hik hik.
Assalamualaikum.
Sunday, November 8, 2009
Wahhabi; Sunnah Kita Semua Sama
Sekarang ini sungguh hangat mengenai suatu isu yang cukup menyentuh hatiku. Saya pengikut wahhabi walaupun terpaksa mengamalkannya secara sembunyi. Bukan kerana saya takut, namun kerana saya menyimpan rasa damai yang berkekalan.
Dewasa ini tuduh menuduh di antara wahhabi dengan sunnah wal jamaah semakin hebat diperdebatkan. Namun, sungguh
Mengapa hal yang ini terjadi. Saya yang muda ini ingin menjelaskan sahaja, namun kepada pendapat tualah yang mereka mahu terima atau sebaliknya. Kerana menjadi adapt dunia hari ini, pendapat si kecil hanyalah kecil, pendapat si besar, dipandang besar biarpun akalnya senipis kulit bawang.
Wahhabi mahupun ahli sunnah wal jamaah kedua-duanya ada silap dan ada betulnya. Saya dan rakan saya (ahli sunnah) juga ada khilaf dan baiknya. Itu sememangnya adat dunia dan kita hambaNya yang maha lemah lagi kerdil. Wahhabi merupakan suatu wacana perpaduan tatkala kerajaan Islam di Turki dan di Tanah Arab mulai berpecah. Ramai yang menyatakan bahawa wahhabi punca Turki Uthmaniyyah jatuh rebah. Namun, jarang yang bertanya kenapa empayar agung itu jatuh dengan sebuah kefaham. Jawapannya telus dan mudah, kerana empayar itu bagaikan bola berisi angin. Luarnya nampak kukuh, namun dalamnya amat rapuh. Wahhabi telah melihat kepincangan ini dan ingin memperbetulkan keadaan agar kembali menjadi tenang serta mengikut syariat Islam yang sebenarnya. Khurafat dan bidaah berleluasa. Pemimpin bukan lagi memimpin kerana Allah, namun kerana dirinya sendiri, pemimpin tidak fikir untuk menyenangkan rakyat, namun memikirkan cara mencari kekayaan untuk dirinya sendiri. Wahhabi bangkit dan menyemai jihad untuk membangkitkan syiar Islam yang kian pudar. Apakah mungkin ingin sahaja kita melihat, dan menonton Islam di saat-saat dia merayu bantuan kita. Apa maknanya kita mengatakan cinta pada Allah dan RasulNya, namun kita bakhil saat seruan Islam memanggil-manggil. Apa sanggup kedua mata ini hanya melihat dan tidak berana berbuat apa-apa hanya kerana kerajaan khurafat itu berbayangkan struktur khulafak yang kian bobrok? Begitu yang diinginkan pihak yang lain???? Tepuk dada tanya iman!
Kami wahhabi bukanlah seburuk yang anda sangka. Memang kami tidak nafikan ada antara kami yang menyinggung perasaan insan-insan pengikut ahli sunnah wal jamaah. Namun, apa mungkin dalam segantang beras tidak ada melukut. Dan apakah mungkin kerana melukut, segantang beras dicurahkan? Pihak tuan juga ada yang menuduh kami kafir, kufur, murtad, dan terpesong daripada agama Islam? Apa ini?! Kami meyembah Allah, taat pada Rasulullah, meneladani hadis-hadis baginda, mentauladani al-Quran. Apa kami kufur? Apa kami ingkar? Apa kami murtad? Saya sungguh sedih dan terkilan membaca akhbar yang tidak habis-habis menyatakan bahawa wahhabi merupakan sesat dan membahayakan umat Islam. Namun, cukup saya hairan. Kami ini yang Islam ditindas, namun bangsa-bangsa lain yang jelas kekafirannya, kekufuran, dan kemurtadannya dibiarkan bebas leluasa melebihi burung-burung di langit. Sehingga hari ini, tidak pernah sekali saya membaca akhbar, mahupun majalah arus perdana mengenai bahaya agama Kristian, Hindu, Buddha, Yahudi,
Tuan-tuan dan puan-puan.
Kita sesama Islam bergaduh bagaikan suatu yang adat dan kemestian. Sebagaimana sunni dan syiah yang tidak pernah padam api kemarahannya.
Tidak mengiralah samada saya wahhabi, dan tuan-tuan sunnah wal jamaah mahupun sunni. Kita masih lagi Islam, bertuhankan Allah, berasulkan Nabi Muhammad, merujuk kitab al-Quran, berpegang pada hadis. Kita masih lagi sama. Sama-sama mencari redha Allah, mengejar syurga dan pengampunan, meminta kejauhan daripada neraka. Kita sama, tujuan kita sama. Kita menunaikan haji pada tempat yang sama, tarikh yang sama, syarat-syarat yang sama. Ihram yang kita sarungkan pada batang tubh juga sama warnanya. Kita sama-sama berjalan menuju Arafah, sama-sama melontar dengan niat membuang unsur-unsur kejahatan dalam diri. Kita bercukur juga sama-sama meninggalkan rambut. Kita hanya berbeza dalam mengamalkan perkara-perkara sunat. Itu sahaja. Apakah kerana perbezaan sekecil itu, kita melatah dan mengkafirkan sesama sendiri.
Tepuk dada tanya iman!
Puisi Untuk Cintaku

Menyayangi seseorang bukan bererti selalu kita bercakap dengannya
Menyayangi seseorang bukan bermakna kerap kita bersamanya
Namun,
Sayangilah seseorang sebagaimana menyayangi dirimu sendiri
Biarkan dia bersendiri sebanyak kamu ingin sendirian.
Bercakaplah dengan dia sekadar perlu
Namun,
Sebaik-baik diam adalah ketika kamu ingin bercakap
Dan
Seburuk buruk diam adalah tatkala kamu diingini untuk bercakap.
Di situ kamulah guru
Tegurlah dia sekadar cuma
Namun,
Seelok-elok teguran adalah ketika dia belum kesilapan
Dan
Seburuk-buruk teguran adalah saat dia sudah kesilapan
Di situ kamulah bapa dan ibu
Diamlah ketika dia mahu kamu diam
Senyaplah selagi dia inginkan kesunyian
Bisulah selagi dia inginkan kebisuan
Butalah selagi dia inginkan kebebasan
Pekaklah selagi dia inginkan keleluasaan
Namun,
Jangan pergi sebelum dia beriman
Jangan undur sebelum dia berpedoman
Jangan putus asa sebelum dia bertauladan
Jangan!
Kerana saat itu
Kamulah insan yang bergelar teman.
Tuesday, November 3, 2009
Warkah Cinta Untuk Allah
Ceramah yang disampaikan sangat meruntun jiwa sehinggakan tidak saya menyedari air mata berderai membasahi pipi, sehinggalah sendu membatasi perlakuan jiwa. Kata-katanya yang mengingatkan tentang dosa, serta khilaf yanf pernah saya lakukan membuatkan hati terasa sungguh kerdil dalam meminta ampun pada Allah yang Maha Pengampun. Terasa diri sungguh hina di hadapan Allah kerana menagih nikmatnya sedangkan hidup penuh dengan perbuatan yang mengundang kemurkaannya.
Pada pertengahan ceramah tatkala hanya sendu yang mengisi ruang bicara, dan juga reruang Dewan Ungku Umar, al-fadhil ustaz meminta kami untuk menulis suatu warkah kepada Allah subhanahuataala. Inilah warkah yang saya utuskan kepada Allah ya rabbi.
Ya Allah,
ampunkan daku atas dosa-dosa yang telah daku lakukan.
Ya Allah,
Aku sayang sangat padaMu. Sayang sangat!
Aku sayang sangat padaMu,
tapi aku tak taat atau jadi yang terbaik.
Allah, ampunkan aku!
Ampunkan daku Ya Allah,
matikankanlah segala nafsuku yang sesat,
matikanlah segala perkara yang mampu menghalang aku ke syurga.
Allah!Allah! Allah!
Hanya Dikau tempat aku mohon ampun.
HanyaMu Ya Allah.
Allah ampunkan aku.
Kuatkan daku.
Jangan biarkan daku bertatih,
jangan jatuhkan daku dalam perjalanan ini. Kuatkan daku.
Kurniakan daku kasih sayang dan ketaatan padaMu.
Ya Allah,
rindunya aku padamu.
Rindu yang tidak mungkin dapat aku ungkap dengan kata,
aku rindu sangat-sangat.
Terimalah taubatku.
Jadikan daku kekasihMu!
Jadikan daku kekasihMu!
Allah.
Bantulah daku dalam mencari redhaMu.
Bantulah daku Ya Allah.
Jauhi daku dari maksiat.
Jangan biarkan daku bertatih dalam perjalanan panjang menuju agamaMu.
Jagailah daku.
Peliharalah daku.
Aku ini insan yang lemah.
Kau Maha Mengetahui akan kejahilan dan dosa-dosaku.
Disebalik iman dan taqwa yang senantiasa aku cari,
sebenarnya aku sentiasa melakukan dosa.
Terimalah daku sebagai kekasihMu.
Terimalah daku sebagai hambaMu.
Redhalah Dikau atas diriKu
sebagaimana yang didambakan dan yang selalu daku pohon.
bait-bait seterusnya merupakan bicaraan peribadi saya dengan Allah yang tidak dapat saya pamerkan disini. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dari apa yang saya pamerkan. Dan sungguh rugi insan-insan yang gagal menghadiri ceramah semalam.
Labels
- copy dari blog iman (1)
- Cute sangat (1)
- cutest birthday card ever (1)
- Doa (1)
- edited by me. huhu (7)
- Falsafah (4)
- friend (2)
- ihsan (2)
- Ilmiah (8)
- islam (4)
- jiwang sikit (5)
- Kawan-kawan (1)
- lawa jugak (1)
- Mawaddah (5)
- Memoir (1)
- pemberitahuan (9)
- puisi (9)
- Takziah (4)
- tarbiah (15)
- usrah (1)
- vacation (1)
Blog Stats
SEKAYU
