Sunday, January 31, 2010

Kesimpulan Sendiri

Saya suka berenang. Menjadikannya sebagai riadah merupakan kegemaran. Alhamdulillah, berbekalkan kemahiran yang sedikit serta rakan-rakan yang membimbing, berenang mulai menjadi aktiviti kegemaran. Tambahan pula berenang merupakan perkara sunnah yang menjadi cadangan Nabi Muhammad (pbuh).

Baru-baru ini saya ada mengunjungi suatu tempat renang di negeri Terengganu. Meninggalkan kesan yang akan sentiasa berbekas pada hati saya. Kejadian yang menjadi penanda aras bahawa amalan-amalan Islam mulai terpinggir dan dipinggirkan. Sungguh menyedihkan, hati bagaikan direntap, jiwa bagaikan ditusuk sembilu. Oh Islamku, air matamu dapatku lihat, namun zahirnya aku masih lemah. Allah…

Petang itu bersama rakan membonceng motosikal daripada IPG KDRI ke destinasi. Alhamdulillah perjalanan lancar. Setiba di sana terserempak pula dengan adik-adik junior yang kebetulan beriadah juga. Mereka tidak berenang, namun bermain boling. Saya dan sahabat menuju ke kolam renang.

Selepas menukar pakaian, sahabat terus saja terjun. Saya pula ditahan oleh Penjaga Kolam (PK). Runsing juga mulanya. Dengan sopan saya bertanya kepada PK.

Saya : Ada apa bang?

PK : Baju ni tak boleh pakai. (jarinya menunjuk ke arah pakaian saya)

Saya : Kenapa bang? (saya memakai seluar trek dan baju t tanpa kolar berwarna biru tua)

PK : Memang tak boleh pakai. Kalau nak mandi kena buka baju (suara sedikit tinggi)

Saya : tapi kawan saya tadi pakai baju

PK : baju renang boleh. (merujuk baju tanpa lengan yang dipakai sahabat saya)

Saya : Tapi, takkan tak boleh saya nak jaga aurat

PK : (diam… mungkin terkedu)

Saya : Boleh tak bang? Sekali jer

PK : Cuba awak gi mana-mana swimming pool, boleh tak pakai macam ni?

Saya : Tapi saya nak jaga aurat saya

PK : (Diam, diam, diam. Terkesima agaknya. Hik hik)

Saya : Boleh lah bang. Sekali jer. Tak bagi kesan apa-apa pun

PK : Baju ni (baju saya) warna dia turun, cemarkan air

Saya : Ni baju Revsport original bang. Tak turun warna punya. Pasti punya. Revsport ori ni bang. He he

PK : (diam lagi)

Saya : Boleh ya bang. Sekali jer… please…..

PK : oklah, dah awak kata macam tu, go on jer lah.

Saya : thanks bang. Thanks a lot. Syukran (sambil salam tangan dia)

Saya pun terus terjun dalam kolam dan membuat pelbagai aksi renang. Haha.

Tiba-tiba terdengar pula Suara Sumbang (SS) yang mengetawakan saya.

SS : nak jaga aurat konon. Huh!

SS 1 : ha ah. Kalau nak jaga aurat gi cari kolam lainlah. Hahaha

Ya Allah. Terguris hati saya hanya Allah yang tahu. Rasa macam nak nangis. Sedih yang amat sangat. Moga Allah kurniakan hidayah buat semua.

Sidang pembaca.

Situasi Islam kini sangat genting. Sungguh menyedihkan. Aurat mulai dipandang remeh. Perundangan Islam ditolak sewenang-wenang. Sepatutnya semasa berenang, pengunjung diingatkan untuk menutup aurat, namun terbalik, PENGUNJUNG DIMINTA UNTUK MEMBUKA AURAT. TIDAK BOLEH SELUAR PANJANG. TIDAK BOLEH BERBAJU LONGGAR. TIDAK MEMAKAI TUDUNG DIGALAKKAN. MANDILAH LELAKI DAN PEREMPUAN DALAM SATU KOLAM!!!!!

Allah!

Buatlah kesimpulan sendiri. Fikir-fikirkanlah akan apa peranan yang perlu kita ambil dalam menangani hal yang ini.

Sekian. Wassalam.

* terima kasih buat PK yang memahami dan menyimpan sekelumit rasa takut pada Allah. Dia mungkin terpaksa menjalankan tugas yang diterima arahannya daripada pihak atasan. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.

No comments:

Blog Stats

SEKAYU

SEKAYU