Sunday, January 24, 2010

Terima Kasih Teman-temanku

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

sehari dua ini ujian datang melanda bagaikan air hujan yang menitis. sungguh ia merupakan ubat bagi hati yang ketandusan. semalam dengan dikatakan sebagai sesat dan amalan saya tidak diterima Allah, kerana saya berdakwah menggunakan media massa dan mengikut situasi semasa. hari ini pula hangat diperkatakan mengenai ucapan panas saya semasa menjalankan kempen bagi Pilihan Raya Kampus (PRK). sungguhpun akan hal yang demikian, hati merasa tenang dan gembira apabila adanya teman-teman seperjuangan yang sanggup mempertahankan saya. perjalanan saya dengan bertemankan insan-insan yang sebegini membuatkan saya makin kuat untuk melangkah dan seterusnya mengubah minda insan-insan yang bakal bergelar guru. moga Allah izinkan impian dan harapan saya. moga Allah kurniakan saya bukan sahaja teman-teman, namun juga teman-teman seperjuangan seperti yang saya miliki sekarang ini. teman-teman, baha berterima kasih sangat, rasa segan bila mendapat sokongan yang di luar jangkaan. baha tak dapat nak senaraikan nama semua, cuma baha doakan kebahagiaan kalian dunia dan akhirat. pinta baha juga agar sokongan ini akan berkekalan, kerana jalan yang bakal kita lalui merupakan suatu perjalanan yang panjang dan jauh. Ya Allah, rahmatilah sahabat-sahabatku, jagailah mereka, restuilah mereka, ampunilah mereka. Ya Allah, doaku selalu agar jangan biarkan kami bertatih dalam perjalanan panjang menempuh hidup dalam memperjuangkan agamaMu. andai kami jatuh, hadirkan insan yang mengangkat kami sebagai pejuang, tentera-tenteraMu. amin.

Akhirnya, Baha maafkan individu yang terbabit, dan Baha juga minta maaf sebab guna bahasa yang tinggi sangat. baha sangkakan semua menguasai Bahasa Melayu, sebab tadi semua merupakan warga Malaysia yang seharusnya pada pendapat baha merupakan penutur natif Bahasa Melayu.

sesungguhnya teguran tadi dari Allah, Allah tegur Baha secara terus, depan khalayak ramai, mungkin Allah sayangkan Baha dan tak mahu Baha terpesong dari landasan perjuangan. Baha harap teguran tadi bukan bala. Ya Allah, rahmatilah hambaMu yang kerdil ini. padaMu daku sandarkan sepenuh harapan dan permintaan.

sekali lagi, TERIMA KASIH ALLAH KERANA KURNIAKAN TEMAN-TEMAN YANG SANGAT MEMAHAMI DAN MENGERTI. TERIMA KASIH TEMAN-TEMANKU.

assalamualaikum

No comments:

Blog Stats

SEKAYU

SEKAYU